Umrah Pertama





Pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah adalah pengalaman yang amat bermakna buat saya dan keluarga. Siapa sangka di usia muda ini, Allah telah menjemput saya menjadi salah seorang daripada tetamu di rumah-Nya. Alhamdulillah ..

Dalam blog kali ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya semasa menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.


MADINAH AL MUNAWWARAH

Perjalanan dari KLIA2 ke Madinah mengambil masa lebih kurang 8 jam. Tak terasa jarak perjalanan itu, mungkin kerana sangat teruja untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci buat kali pertama.

Trip kali ini, kami memilih untuk ziarah ke Madinah terlebih dahulu sebelum mngerjakan umrah.




Ini adalah gambaran sekitar Masjid Nabawi. 

Masih segar diingatan saya di saat kaki melangkah masuk ke dalam Masjid Nabawi. Terasa bagai tidak percaya walaupun hakikatnya saya telah pun berada di dalamnya. Di sini kami dapat lihat masjid akan sentiasa dipenuhi dengan umat Islam yang datang dari seluruh dunia. Dan disini jugalah tempat kami sekeluarga menghabiskan masa yang terluang. Banyak lagi tempat yang sempat kami ziarah semasa di Madinah. Antaranya :





 Gua Hira


Jabal Rahmah




Perkuburan Baqi


Masjid Quba'


MAKKAH AL MUKARRAMAH 













Comments